Tuesday, March 31, 2009

Subjek Sains dan Kepentingannya

Sejak akhir-akhir ni..berlambak-lambak iklan dalam akhbar arus perdana dan internet memaparkan peluang untuk pelajar lepasan SPM dan STPM melanjutkan pelajaran dan tak kurang juga yang menawarkan tempat untuk berkursus.
Sudah jadi trend ipta dan ipts cuba melobi pelajar supaya menimba ilmu di tempat mereka dengan menjanjikan pelbagai keistimewaan dan kemudahan yg disediakan. Apapun awas....jgn sampai anda tersilap pilih kursus. Ukur baju di badan sendiri.

Jika adik-adik perasan....sila baca...apakah syarat utama untuk anda diterima masuk ke ipta atau ipts yang anda berkenan. Ya...salah satu syarat utama ialah kredit Subjek Sains. Ini menunjukkan betapa subjek sains ini punya kedudukan yang tinggi di mata ipta dan ipts awam. Seperti yg digemburkan dahulu negara kita hendak menjadi negara maju menjelang 2020 berteraskan sains dan teknologi.

Memperoleh keputusan yang baik dlm subjek sains merupakan satu bonus dan tiket untuk adik-adik 'maju ke hadapan'. bukan menidakkan subjek lain, tapi itulah realitinya....di mana-mana ipta dan ipts jurusan sains jadi keutamaan.
Seperti mana yg adik-adik ketahui semasa belajar dahulu, sains telah banyak mengubah tamadun manusia. Lihatlah sahaja penerima Anugerah Nobel (anugerah pengiktirafan tertinggi ) yg diberi kepada individu yang telah menemui inovasi terkini....kebanyakan penerimanya berlatarbelakangkan memiliki kelulusan dan arif serta pakar dlm bidang sains.

Malaysia antara negara di dunia yg dikatakan memiliki sumber kekayaan semulajadi (mega biodiversity) yg terbesar. Sarawak khasnya....kaya dengan khazanah hutan hujan tropika...banyak yg belum diterokai dan dimanipulasi. Inilah peluang bagi kita penduduk sarawak amnya....menyelongkar khazanah rimba. Mungkin adik-adik pernah mendengar bahawa di sarawak terdpt spesies endemik tumbuhan yang punya nilai komersial untuk dimanipulasi dalam bidang perubatan. Contohnya spesies pokok Bintangor (cuma ada di sarawak, bukan Bandar Bintangor di sarikei la) yg dikatakan berpotensi menjadi penawar penyakit AIDS. kajian tentang pokok ni kalau nak tahu lebih lanjut...silalah ke Matang Wildlife Centre, Kuching (tak jauh dari Politeknik Kuching). Masa i study dulu sempat la juga pegi tempat ni (miss so much this place)...ada satu tempat khas dinamakan"Denai Harapan"-tempat dimana saintis giat mengkaji pokok ni....Ada masa pergi le ke sana. So Science is important...

Isu PPSMI yang tak habis....

@mail01* Sumber dipetik daripada portal pendidikan.

Hasil kajian mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan dikemukakan kepada Kabinet dalam tempoh sebulan dari sekarang.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya perlu membuat kajian terperinci termasuk menerima maklum balas daripada kementerian lain sebelum membentangkannya ke jemaah menteri.

@kakros01 Di harap isu ini akan selesai dengan segera. Di harap semua pihak dapat bersabar dan jangan sampai kekecohan tercetus sekali lagi.

Malaysia.. Peace.mltan100.blogspot.com

Saturday, March 28, 2009

Earth Hour 2009

Tanggal 28 Mac 2009 bermula jam 8.30 - 9.30 malam untuk 1 jam sahaja...ayuh sama-sama kita sebagai makhluk yang menghuni muka bumi "bergelap seketika' mengurangkan fenomena Global Warming (Pemanasan Global). Seluruh dunia bergelap seketika untuk menunjukkan bahawa kita bersatu dalam usaha mewujudkan kesedaran tentang bahaya fenomena Pemanasan Global jika tidak ditangani secara serius.

Pelajar-pelajar semua sudah sedia maklum tentang fenomena ini melalui bab tertentu yang di ajar dalam Subjek sains Teras (SPM) dan Biologi Ting. 4. Rujuk bab 3 (Sains Tingkatan 5 di bawah tajuk "preservation and conservation of environment" dan bab 9 Biology ting. 4 di bawah tajuk "endangered ecosystem".

Sepintas lalu (tentang Global warming)....untuk renungan anda yang mungkin terbaca artikel yang saya tulis ini :
Global warming adalah suatu keadaan suhu bumi meningkat secara mendadak dan mengakibat persekitaran menjadi panas. Ini disebabkan kepekatan gas karbon dioksida (di atmosfera) tepu. Siapa bikin ni???Ini semua angkara manusia sendiri. Mengejar pembangunan tanpa menghiraukan kesannya ke atas ekosistem. Pembebasan gas-gas bertoksik dari kenderaan bermotor, pembebasan asap dari loji reaktor nuklear dan dari kilang-kilang, deforestation (penyahutanan) serta pembakaran terbuka merupakan antara penyumbang utama kepada wujudnya fenomena ini. Akibatnya suhu persekitaran naik secara drastik sebab tak ada pokok yang menyerap gas karbon dioksida.

Kesannya.....cuaca dunia menjadi tidak menentu. Lihat sahaja la kat negara kita. Kalau dulu kita boleh tahu bila musim tengkujuh. Tapi sekarang dah tak menentu. Sebab itu ada negara banjir dan ada pula negara yang mengalami kemarau pada masa yang sama. kesan paling menakutkan...dikhuatiri jika tidak dibendung...pencairan ais di kawasan kutub semakin meningkat. Dan ini akan menyebabkan paras air laut dunia semakin meningkat. Dikhuatiri negara-negara yang dikatakan negara berada di bawah paras laut suatu hari nanti akan mengalami banjir besar dan mungkin tenggelam dan lenyap dari muka bumi. Greenhouse effect sebenarnya akan wujud juga bersama global warming.

So... think it deep in your heart. Untuk keterangan lanjut tentang fenomena ni sila lihat channel 555 astro (history) hari ini. Atau layari internet....

Wednesday, March 25, 2009

Pelik tetapi benar....

Assalamualaikum..

Buat bekas pelajar SMK Belawai dan calon SPM 2009 maaf sekiranya komen dan kritikan pedas pasal Keputusan SPM yang lalu mengusik minda anda. Bukan niat memperkecilkan kebolehan anda jauh sekali memperbudakkan anda.Tetapi ia tak lebih sekadar renungan dan mungkin juga peringatan. Well..forget about it!!!

Kali ini coretan saya adalah sekadar berkongsi sedikit info tentang tahap kelulusan subjek sains SPM di sekolah ini. Berikut adalah fakta menarik:

1. Sejak dulu lagi (sejak sekolah ini menawarkan persekolahan hingga tahap SPM)
hingga sekarang, difahamkan kelulusan bagi subjek sains tidak pernah
menghampakan (90 % ke atas): Yeah...cemerlang, gemilang, terbilang

2. Anehnya setiap kali peperiksaan penggal dan percubaan SPM
dijalankan diperingkat sekolah, peratus kelulusannya sangat mengerikan ....bahkan ada kelas yang semua pelajarnya gagal!!!!!...Eeee..takutnya.Cikgu yang ajar sains sangat bingung tau....sebab itu kitaorang try our best supaya our student tidak "sangkut" subjek ni.

3. Time keputusan SPM nak diumumkan, cikgu Sains paling excited. Nak tengok peratus kelulusan. Because our target supaya subjek ni lulus 100%. Unfortunately saban tahun ada la seorang dua yang gagal. So sad jugaklah. But we all tetap senyum coz kelulusan 90% above....


So... for all of u out there....renung-renungkanlah. Sebenarnya subjek ini tdk susah malah senang untuk lulus. Tak caya tanya bekas pelajar yang telah lulus peringkat SPM. U can win if u want... Good luck!!!!


Tuesday, March 24, 2009

Keputusan SPM 2008

Assalamualaikum

Tanggal 12 Mac yg lepas, seluruh bekas pelajar SPM 2008 memperoleh keputusan. Tahniah kepada yang mendapat keputusan yang agak baik dan bagi yang kurang berjaya..no komen. Sendiri jawab la...lu pike la sendiri beb..kenapa results "kongkang". Bukan nak memperli tetapi itulah hakikat yang perlu anda terima sebab segalanya terletak di tangan anda kerana guru-guru sudah pun memberikan yang terbaik.

Kami dari meja panitia sains agak sedikit terkilan apabila melihat keputusan bagi subjek sains tulen (Fizik, Kimia dan Biologi). walaupun ada peningkatan (kelulusan 90% ke atas), tetapi secara keseluruhan tidak menunjukkan kualiti. Cuma naik dari segi kuantiti. Sejak SMK Belawai mewujudkan kelas aliran sains tulen, belum ada lagi pelajar yang dapat gred 1 hingga 4 bagi ketiga-tiga subjek tersebut. Terbaik cuma dapat gred 5. kenapa ini berlaku?

Rata-rata bekas pelajar yang mengambil subjek ini memberi pandangan yang berbeza. Antaranya ada yang mengatakan subjek ini sukar dan ada yang berkata subjek ini sukar kerana di ajar dalam Bahasa Inggeris!!!Pulak dah...sapa nak jawab? bagi kita (guru sains): tiada subjek yang paling senang, semuanya perlu melalui proses pembelajaran. Kita dulu pun macam anda juga, belajar dan belajar tanpa mengenal erti putus asa. Mungkin sikap yang membezakan anda dengan kami. Yang penting sebenarnya lahir dari kesedaran : minat dan sikap ingin meneroka. Jika anda merasakan sesuatu itu susah sebelum mencuba, ini bermakna perkara tersebut akan terus menyusahkan anda. Jadilah anda seperti orang yang belajar kerana mengikut gerak hati dan atas dasar terpaksa. bantai aje.....akhirnya anda teraba-raba dalam kegelapan. Ingatlah sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Good luck buat bekas pelajar SMK Belawai. jangan mudah berputus asa.....Wassalam!!!!

Sunday, March 22, 2009

Keputusan subjek Sains kurang memberangsangkan

Assalamualaikum..

Keputusan SPM telah pun diumumkan. Tahniah buat yang berjaya. Walaupun secara keseluruhannya peratus kelulusan SPM SMK Belawai naik (lihat blog Tuan Pengetua) tetapi secara relatifnya ia cuma naik dari segi kuantitatif tetapi tidak kualitatif. Apa pun yang penting asalkan peratusannya naik. Persoalannya sampai bila kita harus melihat senario ini berulang (Kualiti kurang)? Sedangkan kita tahu di luar sana semakin ramai pelajar yang dapat keputusan cemerlang. Disinilah kita dapat melihat suatu keadaan di mana persaingan untuk melanjutkan pelajaran dan pekerjaan semakin sengit. Bagi yang lulus setakat 'cukup makan' anda akan merasai tempiasnya nanti.

Bagi bekas pelajar (aliran sains) SMK Belawai, ada sedikit ketidaktentuan apabila melihat keputusan subjek sains teras (FIZIK, KIMIA dan BIOLOGI) anda setiap tahun. Walaupun aliran sains tulen masih baru (kalau tak silap masuk tahun ke-4) diperkenalkan di sekolah ini, namun pencapaian subjek ini dari segi kualiti tidak begitu memberangsangkan. Setakat ini belum ada pelajar yang memperoleh gred A1 mahupun B4. Yang terbaik dapat gred C5. Ramai pelajar yang berpendapat ketiga-tiga subjek sains teras ini susah. Ingatlah tidak ada satu pun subjek yang senang. semuanya melalui proses pembelajaran dan atas kesedaran diri sendiri. Kita tidak mahu melihat pelajar aliran sains indah khabar dari rupa. Fikir-fikirkanlah benda ni....nak jadi saintis hebat..subjek sains mesti strong. Kepada adik-adik aliran sains yang bakal menduduki SPM, sahutlah cabaran bahawa anda akan mencipta sejarah: pelajar aliran sains pertama yang dapat gred A1 untuk subjek Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Matematik Moden, EST and so on....InsyaAllah. yakin boleh.

Tuesday, March 10, 2009

12 Mac: Suatu Penantian Lepasan SPM 2008

Assalamualaikum...
Tinggal beberapa hari sahaja lagi, lepasan SPM 2008 akan menerima keputusan SPM secara rasmi. Pasti ada adik-adik yang tak lena tidur, tak lalu makan, buat itu ini serba serbi tak kena semenjak dua menjak ni. Kenapa ini terjadi? Jika adik-adik berasa yakin dan telah melakukan yang terbaik dalam peperiksaan SPM yang lepas, perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Buat apa berasa gusar, andai kita telah melakukan yang terbaik. Just wait and see!

Bagi yang berasa gusar, pasti ada sebab kenapa mereka harus berada dalam keadaan sedemikian. Perlu ditegaskan peluang untuk menimba ilmu di SMK Belawai cuma sekali dalam seumur hidup. Saya percaya kebanyakan tenaga pengajar di SMK belawai telah mencurah segala kepakaran mereka mengajar anak-anak didik dengan penuh dedikasi. Terpulanglah kepada anak didik untuk memanfaatkan segalanya. Ingatlah sekali anda kecundang, sila lihat dalam diri sendiri. Dimanakah kesilapannya....

Bagi guru-guru di Jabatan Sains, keputusan SPM bagi subjek Kimia, Fizik, Biologi dan Sains SPM sentiasa ditunggu-tunggu. Meningkatkah kelulusannya atau sebaliknya. Kepada semua, harap bersabar.....bagi saya sendiri...pasrah apa jua keputusan..sebab kita telah melakukan apa yang telah diamanahkan.
Akhir kata....salam keceriaan....alahai PPSMI...bilakah isu ini akan reda???

Wednesday, March 4, 2009

Fakta Menarik

1. Mulut anda menghasilkan 1 liter air liur dalam sehari

2.  Anda boleh merasa makanan hanya disebabkan oleh makanan itu melarut dalam air liur. So kalau xde air liur, anda tidak akan dapat merasa rasa makanan tersebut.


3Panjang dari pergelangan tangan anda hingga ke siku adalah sama dengan panjang tapak kaki anda. Tak percaya?? Cuba lah ukur!!

Tuesday, March 3, 2009

Bawang


Kenapa bawang boleh menyebabkan anda menangis?blogger-emoticon.blogspot.com

Bawang terdiri daripada sel. Sel-sel ini terbahagi kepada 2 bahagian yang dipisahkan oleh membran. Sebelah bahagian mengandungi enzim yang mana menolong proses kimia berlaku dalam badan manakala sebelah bahagian lagi terdapat molekul yang mengandungi sulfur. Apabila anda memotong bawang, kandungan pada kedua-dua belah bahagian tadi akan bercampur menyebabkan tindakbalas kimia. Tindakbalas ini akan menghasilkan molekul seperti 'ethylsufine' yang mana menyebabkan mata anda berair.

Untuk mengelakkan anda menangis apabila memotong bawang, potong bawang di bawah air yang mengalir. Sulfur akan larut ke dalam air, so xde lah kena mata kan! Ataupun letakkan bawang ke dalam peti sejuk kira-kira 10 minit. Suhu yang sejuk akan melambatkan tindakbalas antara enzim dengan sulfur. Ini akan mengurangkan kepedihan mata anda.

Monday, March 2, 2009

Fun - Make Instant Hot Ice



Menarik!!blogger-emoticon.blogspot.com cuma perlukan sodium acetate untuk tukarkan cecair kepada pepejal hanya dengan sentuhan. Teringin nak buat.. agak-agak makmal kita ada tak sodium acetate ni yeblogger-emoticon.blogspot.com

 
Panitia Sains SMK Belawai © 2007 Template feito por Templates para Você