Wednesday, April 8, 2009

Dari mana puncanya dan adakah ia selamat?




SMK Belawai. 7 April 2009.Gangguan bekalan air di sekolah ini (juga kpg-kpg berdekatan)yang telah berlarutan masuk hari yang ketiga nampaknya telah mewujudkan suasana tdk harmoni di tempat kediaman. Apa taknya...air digunakan dari segenap aspek. Urusan seharian terasa tdk lengkap jika mandi tak basah, tidur pula tak lena. Asyik memikirkan air..air...air...cukupkah untuk mandi atau untuk segalanya. Masuk tandas pun nak check dulu, ada tak air.


Dalam dok kita sibuk merungut pasal air ni, teringat saya pada satu rakaman lensa kamera yang saya ambil semasa merayau-rayau di dewan makan pelajar asrama. Merayau mungkin mencari mata air (Ops silap lokasi cari mata air). Lokasinya kat luar dewan (longkang). Lihat sahaja gambar ni. Dari mana air ni? Adakah dari air bawah tanah? Nampak jernih (macam bersih je)...Berkemungkinan air ini adalah air hujan yang diserap ke dalam tanah dan terperangkap dlm tanah- ish lupa plak subjek geologi yang aku belajar time jadi budak universiti dulu. Ataukah ini air hujan(turun semalam: ops waktu hujan turun tak tahu, sebab time hujan turun aku tengah lena di ulit mimpi), bangun pagi tengok banyak lopak digenangi. Nampak kencang jugalah penangan hujan tu.Ish terasa rugi jugak tak mandi hujan time gawat air ni. Sapa2 yg darurat air bleh la amik air ni...untuk "cuci' sahaja. For external use only. He..he..he.faham2 je la.

0 comments:

 
Panitia Sains SMK Belawai © 2007 Template feito por Templates para Você