Tuesday, March 10, 2009

12 Mac: Suatu Penantian Lepasan SPM 2008

Assalamualaikum...
Tinggal beberapa hari sahaja lagi, lepasan SPM 2008 akan menerima keputusan SPM secara rasmi. Pasti ada adik-adik yang tak lena tidur, tak lalu makan, buat itu ini serba serbi tak kena semenjak dua menjak ni. Kenapa ini terjadi? Jika adik-adik berasa yakin dan telah melakukan yang terbaik dalam peperiksaan SPM yang lepas, perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Buat apa berasa gusar, andai kita telah melakukan yang terbaik. Just wait and see!

Bagi yang berasa gusar, pasti ada sebab kenapa mereka harus berada dalam keadaan sedemikian. Perlu ditegaskan peluang untuk menimba ilmu di SMK Belawai cuma sekali dalam seumur hidup. Saya percaya kebanyakan tenaga pengajar di SMK belawai telah mencurah segala kepakaran mereka mengajar anak-anak didik dengan penuh dedikasi. Terpulanglah kepada anak didik untuk memanfaatkan segalanya. Ingatlah sekali anda kecundang, sila lihat dalam diri sendiri. Dimanakah kesilapannya....

Bagi guru-guru di Jabatan Sains, keputusan SPM bagi subjek Kimia, Fizik, Biologi dan Sains SPM sentiasa ditunggu-tunggu. Meningkatkah kelulusannya atau sebaliknya. Kepada semua, harap bersabar.....bagi saya sendiri...pasrah apa jua keputusan..sebab kita telah melakukan apa yang telah diamanahkan.
Akhir kata....salam keceriaan....alahai PPSMI...bilakah isu ini akan reda???

0 comments:

 
Panitia Sains SMK Belawai © 2007 Template feito por Templates para Você