Saturday, March 28, 2009

Earth Hour 2009

Tanggal 28 Mac 2009 bermula jam 8.30 - 9.30 malam untuk 1 jam sahaja...ayuh sama-sama kita sebagai makhluk yang menghuni muka bumi "bergelap seketika' mengurangkan fenomena Global Warming (Pemanasan Global). Seluruh dunia bergelap seketika untuk menunjukkan bahawa kita bersatu dalam usaha mewujudkan kesedaran tentang bahaya fenomena Pemanasan Global jika tidak ditangani secara serius.

Pelajar-pelajar semua sudah sedia maklum tentang fenomena ini melalui bab tertentu yang di ajar dalam Subjek sains Teras (SPM) dan Biologi Ting. 4. Rujuk bab 3 (Sains Tingkatan 5 di bawah tajuk "preservation and conservation of environment" dan bab 9 Biology ting. 4 di bawah tajuk "endangered ecosystem".

Sepintas lalu (tentang Global warming)....untuk renungan anda yang mungkin terbaca artikel yang saya tulis ini :
Global warming adalah suatu keadaan suhu bumi meningkat secara mendadak dan mengakibat persekitaran menjadi panas. Ini disebabkan kepekatan gas karbon dioksida (di atmosfera) tepu. Siapa bikin ni???Ini semua angkara manusia sendiri. Mengejar pembangunan tanpa menghiraukan kesannya ke atas ekosistem. Pembebasan gas-gas bertoksik dari kenderaan bermotor, pembebasan asap dari loji reaktor nuklear dan dari kilang-kilang, deforestation (penyahutanan) serta pembakaran terbuka merupakan antara penyumbang utama kepada wujudnya fenomena ini. Akibatnya suhu persekitaran naik secara drastik sebab tak ada pokok yang menyerap gas karbon dioksida.

Kesannya.....cuaca dunia menjadi tidak menentu. Lihat sahaja la kat negara kita. Kalau dulu kita boleh tahu bila musim tengkujuh. Tapi sekarang dah tak menentu. Sebab itu ada negara banjir dan ada pula negara yang mengalami kemarau pada masa yang sama. kesan paling menakutkan...dikhuatiri jika tidak dibendung...pencairan ais di kawasan kutub semakin meningkat. Dan ini akan menyebabkan paras air laut dunia semakin meningkat. Dikhuatiri negara-negara yang dikatakan negara berada di bawah paras laut suatu hari nanti akan mengalami banjir besar dan mungkin tenggelam dan lenyap dari muka bumi. Greenhouse effect sebenarnya akan wujud juga bersama global warming.

So... think it deep in your heart. Untuk keterangan lanjut tentang fenomena ni sila lihat channel 555 astro (history) hari ini. Atau layari internet....

0 comments:

 
Panitia Sains SMK Belawai © 2007 Template feito por Templates para Você