Sunday, March 22, 2009

Keputusan subjek Sains kurang memberangsangkan

Assalamualaikum..

Keputusan SPM telah pun diumumkan. Tahniah buat yang berjaya. Walaupun secara keseluruhannya peratus kelulusan SPM SMK Belawai naik (lihat blog Tuan Pengetua) tetapi secara relatifnya ia cuma naik dari segi kuantitatif tetapi tidak kualitatif. Apa pun yang penting asalkan peratusannya naik. Persoalannya sampai bila kita harus melihat senario ini berulang (Kualiti kurang)? Sedangkan kita tahu di luar sana semakin ramai pelajar yang dapat keputusan cemerlang. Disinilah kita dapat melihat suatu keadaan di mana persaingan untuk melanjutkan pelajaran dan pekerjaan semakin sengit. Bagi yang lulus setakat 'cukup makan' anda akan merasai tempiasnya nanti.

Bagi bekas pelajar (aliran sains) SMK Belawai, ada sedikit ketidaktentuan apabila melihat keputusan subjek sains teras (FIZIK, KIMIA dan BIOLOGI) anda setiap tahun. Walaupun aliran sains tulen masih baru (kalau tak silap masuk tahun ke-4) diperkenalkan di sekolah ini, namun pencapaian subjek ini dari segi kualiti tidak begitu memberangsangkan. Setakat ini belum ada pelajar yang memperoleh gred A1 mahupun B4. Yang terbaik dapat gred C5. Ramai pelajar yang berpendapat ketiga-tiga subjek sains teras ini susah. Ingatlah tidak ada satu pun subjek yang senang. semuanya melalui proses pembelajaran dan atas kesedaran diri sendiri. Kita tidak mahu melihat pelajar aliran sains indah khabar dari rupa. Fikir-fikirkanlah benda ni....nak jadi saintis hebat..subjek sains mesti strong. Kepada adik-adik aliran sains yang bakal menduduki SPM, sahutlah cabaran bahawa anda akan mencipta sejarah: pelajar aliran sains pertama yang dapat gred A1 untuk subjek Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Matematik Moden, EST and so on....InsyaAllah. yakin boleh.

0 comments:

 
Panitia Sains SMK Belawai © 2007 Template feito por Templates para Você