Tuesday, March 24, 2009

Keputusan SPM 2008

Assalamualaikum

Tanggal 12 Mac yg lepas, seluruh bekas pelajar SPM 2008 memperoleh keputusan. Tahniah kepada yang mendapat keputusan yang agak baik dan bagi yang kurang berjaya..no komen. Sendiri jawab la...lu pike la sendiri beb..kenapa results "kongkang". Bukan nak memperli tetapi itulah hakikat yang perlu anda terima sebab segalanya terletak di tangan anda kerana guru-guru sudah pun memberikan yang terbaik.

Kami dari meja panitia sains agak sedikit terkilan apabila melihat keputusan bagi subjek sains tulen (Fizik, Kimia dan Biologi). walaupun ada peningkatan (kelulusan 90% ke atas), tetapi secara keseluruhan tidak menunjukkan kualiti. Cuma naik dari segi kuantiti. Sejak SMK Belawai mewujudkan kelas aliran sains tulen, belum ada lagi pelajar yang dapat gred 1 hingga 4 bagi ketiga-tiga subjek tersebut. Terbaik cuma dapat gred 5. kenapa ini berlaku?

Rata-rata bekas pelajar yang mengambil subjek ini memberi pandangan yang berbeza. Antaranya ada yang mengatakan subjek ini sukar dan ada yang berkata subjek ini sukar kerana di ajar dalam Bahasa Inggeris!!!Pulak dah...sapa nak jawab? bagi kita (guru sains): tiada subjek yang paling senang, semuanya perlu melalui proses pembelajaran. Kita dulu pun macam anda juga, belajar dan belajar tanpa mengenal erti putus asa. Mungkin sikap yang membezakan anda dengan kami. Yang penting sebenarnya lahir dari kesedaran : minat dan sikap ingin meneroka. Jika anda merasakan sesuatu itu susah sebelum mencuba, ini bermakna perkara tersebut akan terus menyusahkan anda. Jadilah anda seperti orang yang belajar kerana mengikut gerak hati dan atas dasar terpaksa. bantai aje.....akhirnya anda teraba-raba dalam kegelapan. Ingatlah sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Good luck buat bekas pelajar SMK Belawai. jangan mudah berputus asa.....Wassalam!!!!

0 comments:

 
Panitia Sains SMK Belawai © 2007 Template feito por Templates para Você