Tuesday, March 31, 2009

Subjek Sains dan Kepentingannya

Sejak akhir-akhir ni..berlambak-lambak iklan dalam akhbar arus perdana dan internet memaparkan peluang untuk pelajar lepasan SPM dan STPM melanjutkan pelajaran dan tak kurang juga yang menawarkan tempat untuk berkursus.
Sudah jadi trend ipta dan ipts cuba melobi pelajar supaya menimba ilmu di tempat mereka dengan menjanjikan pelbagai keistimewaan dan kemudahan yg disediakan. Apapun awas....jgn sampai anda tersilap pilih kursus. Ukur baju di badan sendiri.

Jika adik-adik perasan....sila baca...apakah syarat utama untuk anda diterima masuk ke ipta atau ipts yang anda berkenan. Ya...salah satu syarat utama ialah kredit Subjek Sains. Ini menunjukkan betapa subjek sains ini punya kedudukan yang tinggi di mata ipta dan ipts awam. Seperti yg digemburkan dahulu negara kita hendak menjadi negara maju menjelang 2020 berteraskan sains dan teknologi.

Memperoleh keputusan yang baik dlm subjek sains merupakan satu bonus dan tiket untuk adik-adik 'maju ke hadapan'. bukan menidakkan subjek lain, tapi itulah realitinya....di mana-mana ipta dan ipts jurusan sains jadi keutamaan.
Seperti mana yg adik-adik ketahui semasa belajar dahulu, sains telah banyak mengubah tamadun manusia. Lihatlah sahaja penerima Anugerah Nobel (anugerah pengiktirafan tertinggi ) yg diberi kepada individu yang telah menemui inovasi terkini....kebanyakan penerimanya berlatarbelakangkan memiliki kelulusan dan arif serta pakar dlm bidang sains.

Malaysia antara negara di dunia yg dikatakan memiliki sumber kekayaan semulajadi (mega biodiversity) yg terbesar. Sarawak khasnya....kaya dengan khazanah hutan hujan tropika...banyak yg belum diterokai dan dimanipulasi. Inilah peluang bagi kita penduduk sarawak amnya....menyelongkar khazanah rimba. Mungkin adik-adik pernah mendengar bahawa di sarawak terdpt spesies endemik tumbuhan yang punya nilai komersial untuk dimanipulasi dalam bidang perubatan. Contohnya spesies pokok Bintangor (cuma ada di sarawak, bukan Bandar Bintangor di sarikei la) yg dikatakan berpotensi menjadi penawar penyakit AIDS. kajian tentang pokok ni kalau nak tahu lebih lanjut...silalah ke Matang Wildlife Centre, Kuching (tak jauh dari Politeknik Kuching). Masa i study dulu sempat la juga pegi tempat ni (miss so much this place)...ada satu tempat khas dinamakan"Denai Harapan"-tempat dimana saintis giat mengkaji pokok ni....Ada masa pergi le ke sana. So Science is important...

0 comments:

 
Panitia Sains SMK Belawai © 2007 Template feito por Templates para Você