Pameran Minggu sains dan matematik telah diadakan pada 1 Julai yang lalu bertempat di makmal sains. terdapat pelbagai aktiviti di jalankan sepanjang pameran tersebut termasuklah permainan dan juga kuiz. Pelajar juga didedahkan dengan cara kerja pelbagai alatan makmal. tersebut. Di sini saya 'attach' kan gambar2 aktiviti sepanjang pameran itu berlangsung.
Cikgu Shirina sedang melayan dan memberi penerangan kepada pelajar-pelajar.
Tahniah kepada pelajar-pelajar yang memberi kerjasama dan bersungguh-sungguh menghasilkan model-model pameran.Para pelajar khusyuk dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Semoga pameran ini akan terus berlangsung di tahun-tahun yang akan datang.
Tuesday, July 14, 2009
Pameran Minggu Sains dan Matematik
Posted by weenazur 0 comments
Labels: Activities, SMK Belawai
Gambar time buat kajian guna kuadrat
Learning Outcomes : Determine the distribution of organism in habitat based on the density, frequency and percentage coverage of the Mimosa pudica.
Posted by hasbi 0 comments
Field study
Tajuk amali kali ini untuk Ting. 4 sains ialah "Investigating the distribution of plants using the quadrat sampling technique".
Apparatus : A quadrat measuring 1 m x 1 m
Posted by hasbi 0 comments
Monday, July 13, 2009
Lagi gambar hasilan kerja projek
Tugasan ini dijalankan secara kumpulan. I'm very proud bcoz my student do their best untuk siapkan projek ni. Asalnya nak buat field study kat kawasan Belawai or outside pagar sekolah tetapi kekangan masa so aktiviti tu diganti dengan kerja projek ni jer....
Posted by hasbi 0 comments
Special Adaptation of Mangrove Trees
Posted by hasbi 0 comments
Wednesday, May 27, 2009
Water Bottle Rocket
Minggu Sains dan Matematik akan diadakan pada 23-26 Jun 2009 (ikut perancangan takwin sekolah). So sempena dengan itu pelbagai aktiviti akan diadakan termasuklah pameran sains dan matematik dan juga pertandingan. salah satunya adalah pertandingan roket botol air yang terbuka untuk pelajar kelas sains. Roket air ini adalah di bawah tajuk momentum. So di sini ada panduan untuk membuat roket tersebut.
Banyak lagi video-video yang berkaitan yang anda boleh cari di http://www.youtube.com (Taipkan water bottle rocket pada ruangan search). Boleh cuba buat masa cuti sekolah.
Di harap pelajar kita akan mengambil peluang ini untuk menunjukkan kreativiti masing-masing. Selamat mencuba.
Posted by Panitia Sains 0 comments
Labels: SMK Belawai
Saturday, May 23, 2009
Borang Gred Induk (BGI) PEKA
Untuk semua rakan guru yang mengajar subjek sains SPM, kimia, fizik dan biologi, please update fail PEKA sebab by 31 July semua markah BGI perlu dihantar ke Unit Peperiksaan dan Penilaian and after that to setiausaha peperiksaan sekolah.
Posted by hasbi 0 comments
Labels: SMK Belawai, SPM
Monday, May 11, 2009
Buddy Support System (BSS) or Sistem Bimbingan Taulan
Posted by Panitia Sains 0 comments
Labels: Activities, SMK Belawai
Friday, May 8, 2009
Buddy Support System (Sistem Bimbingan Taulan)
Setiap hari Khamis (bermula jam 12.00 tengah hari) semua guru yang mengajar Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains akan berkumpul (2 kali sebulan) untuk berbengkel bagi memantapkan penguasaan bahasa inggeris.Lebih-lebih lagi bagi guru yang mengajar subjek sains, Fizik, Kimia, Biologi dan matematik dalam bahasa Inggeris. Dalam perjumpaan ini ianya dipengerusikan oleh guru-guru dari Panitia Bahasa Inggeris.
Posted by hasbi 0 comments
Labels: Activities, SMK Belawai
Monday, May 4, 2009
Penilaian Kerja Amali (PeKA) Biologi
Posted by hasbi 0 comments
Labels: Activities, SMK Belawai, SPM
Wednesday, April 8, 2009
The warning signs
DEPRESSION IS OFTEN MASKED BY OTHER SYMPTOMS, SUCH AS:
- A persistently low mood
- Tearfulness
- Lack of energy or chronic tiredness
- Trouble getting to sleep or staying asleep
- Increased levels of anxiety
- Difficulty concentrating or making decisions
- Loss of appetite or overeating
- Feelings of helplessness or hopelessness
- Recurrent thoughts about death
(If you have several of these symptoms, see your doctor)
Posted by hasbi 0 comments
Labels: Info sains
Dari mana puncanya dan adakah ia selamat?
Posted by hasbi 0 comments
Labels: Isu semasa, SMK Belawai
Monday, April 6, 2009
What so special about this organisms?
Labels: Activities
Wednesday, April 1, 2009
PPSMI and so on??
Assalamulaikum....
Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) antara topik hangat sektor pelajaran beberapa bulan yg lepas untill now. Pelbagai pihak mengutarakan pandangan masing-masing berhubung isu ini. Sehinggakan isu terjerumus dlm dewan rakyat dan maybe dipolitikkan
PPSMI diperkenalkan asalnya bertujuan untuk menggalakkan pelajar supaya menguasai Subjek sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris dengan baik kerana ramai tahu Bahasa Inggeris merupakan bahasa global. Di samping itu nak jadi negara majulah katakan. Wawasan 2020 mahir dlm bidang ICT serta bersaing di peringkat global. sapa nak jawab tu??? Bagi sesetengah individu bertutur dlm bahasa inggeris dengan skill yg agak tinggi merupakan suatu kebanggaan. Apa tdknya...mungkin ada yg berpendapat bila seseorg itu mahir berkomunikasi dlm bahasa inggeris dia bolehlah dilabelkan antara individu yg well educated or maybe org yg high class. Bukan menidakkan kepentingan bahasa lain..jgn mare...tp itulah realitinya. Tdk heran org kita (khasnya yg berada di kota metropolitan), try their best utk berkomunikasi dlm bahasa inggeris. Tak caye...cuba pergi kat bandaraya Kuching, Miri, Kota Kinabalu or Kuala Lumpur. Org kita ckp melayu slanga org putehhh. Kdgkala tu ckp broken english. For me it's doesn't matter bcoz they all dare to try....
Beruntungnya pelajar kita hari ini.....belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris seawal sekolah rendah atau mungkin prasekolah. Jgn anggap belajar subjek ini dlm bahasa inggeris membebankan.....try your best.Agi idup agi ngelaban!!!!Tahukah adik-adik kebanyakan bahan ilmiah adalah dalam bahasa inggeris. Jika adik tak percaya..bolehlah tanya adik kakak atau abang yg pernah belajar kat universiti. hampir 95% bahan rujukan adalah dalam bahasa inggeris. so kira bonuslah adik belajar menguasai bahasa inggeris di sekolah. tak la nanti terkial-kial bila masuk universiti atau terkebil-kebil biji mata time dengar lecturer mengajar.
Tidak ada short cut sebenarnya nak menguasai bahasa ini 100%. What is the best way adalah adik-adik perlu rajin membaca bahan bacaan atau menonton movie atau dengar song dlm dalam bahasa inggeris. Kalau tak faham cam mana? jadikan kamus sebagai kawan atau berkawan la dgn mereka yg tahu sikit2 bahasa inggeris. Kalau kawan dengan org yg tahu bahasa inggeris banyak2 lagi best. Try to berkomunikasi dlm bahasa inggeris..don't shy-shy la!!!he-he-he. Menuntut ilmu tak perlu malu-malu kucing. Inilah masalah pelajar kita, malu nak berckp dlm bahasa inggeris. Takut salah......ingatlah pantun nih:
Cempedak fruit outside pagar,
Pick galah help jolokkan,
We student baru belajar,
If mistake tlg betulkan.
Artikel ini bukanlah hendak mengagungkan bahasa inggeris atau memperlekehkan bahasa melayu. It's just for renungan berdasarkan observatian and pengalaman (belajar dan mengajar subjek sains dalam bahasa inggeris)For me...bahasa melayu ada standardnya tersendiri dan tdk perlu dipertikaikan kredibilitinya. Ingatlah asal usul kita dik. dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung. So tepuk dada tanya selera. Kalau tak berselera jgn tepuk dada. Tepuk apa ya? Lu pike la sendiri beb... Bye....
Posted by hasbi 0 comments
Labels: Isu semasa
Tuesday, March 31, 2009
Subjek Sains dan Kepentingannya
Sejak akhir-akhir ni..berlambak-lambak iklan dalam akhbar arus perdana dan internet memaparkan peluang untuk pelajar lepasan SPM dan STPM melanjutkan pelajaran dan tak kurang juga yang menawarkan tempat untuk berkursus.
Sudah jadi trend ipta dan ipts cuba melobi pelajar supaya menimba ilmu di tempat mereka dengan menjanjikan pelbagai keistimewaan dan kemudahan yg disediakan. Apapun awas....jgn sampai anda tersilap pilih kursus. Ukur baju di badan sendiri.
Jika adik-adik perasan....sila baca...apakah syarat utama untuk anda diterima masuk ke ipta atau ipts yang anda berkenan. Ya...salah satu syarat utama ialah kredit Subjek Sains. Ini menunjukkan betapa subjek sains ini punya kedudukan yang tinggi di mata ipta dan ipts awam. Seperti yg digemburkan dahulu negara kita hendak menjadi negara maju menjelang 2020 berteraskan sains dan teknologi.
Memperoleh keputusan yang baik dlm subjek sains merupakan satu bonus dan tiket untuk adik-adik 'maju ke hadapan'. bukan menidakkan subjek lain, tapi itulah realitinya....di mana-mana ipta dan ipts jurusan sains jadi keutamaan.
Seperti mana yg adik-adik ketahui semasa belajar dahulu, sains telah banyak mengubah tamadun manusia. Lihatlah sahaja penerima Anugerah Nobel (anugerah pengiktirafan tertinggi ) yg diberi kepada individu yang telah menemui inovasi terkini....kebanyakan penerimanya berlatarbelakangkan memiliki kelulusan dan arif serta pakar dlm bidang sains.
Malaysia antara negara di dunia yg dikatakan memiliki sumber kekayaan semulajadi (mega biodiversity) yg terbesar. Sarawak khasnya....kaya dengan khazanah hutan hujan tropika...banyak yg belum diterokai dan dimanipulasi. Inilah peluang bagi kita penduduk sarawak amnya....menyelongkar khazanah rimba. Mungkin adik-adik pernah mendengar bahawa di sarawak terdpt spesies endemik tumbuhan yang punya nilai komersial untuk dimanipulasi dalam bidang perubatan. Contohnya spesies pokok Bintangor (cuma ada di sarawak, bukan Bandar Bintangor di sarikei la) yg dikatakan berpotensi menjadi penawar penyakit AIDS. kajian tentang pokok ni kalau nak tahu lebih lanjut...silalah ke Matang Wildlife Centre, Kuching (tak jauh dari Politeknik Kuching). Masa i study dulu sempat la juga pegi tempat ni (miss so much this place)...ada satu tempat khas dinamakan"Denai Harapan"-tempat dimana saintis giat mengkaji pokok ni....Ada masa pergi le ke sana. So Science is important...
Posted by hasbi 0 comments
Labels: Info sains, Isu semasa, SPM
Isu PPSMI yang tak habis....
* Sumber dipetik daripada portal pendidikan.
Hasil kajian mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan dikemukakan kepada Kabinet dalam tempoh sebulan dari sekarang.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya perlu membuat kajian terperinci termasuk menerima maklum balas daripada kementerian lain sebelum membentangkannya ke jemaah menteri. Di harap isu ini akan selesai dengan segera. Di harap semua pihak dapat bersabar dan jangan sampai kekecohan tercetus sekali lagi.
Malaysia.. Peace.
Posted by Panitia Sains 0 comments
Labels: Isu semasa
Saturday, March 28, 2009
Earth Hour 2009
Tanggal 28 Mac 2009 bermula jam 8.30 - 9.30 malam untuk 1 jam sahaja...ayuh sama-sama kita sebagai makhluk yang menghuni muka bumi "bergelap seketika' mengurangkan fenomena Global Warming (Pemanasan Global). Seluruh dunia bergelap seketika untuk menunjukkan bahawa kita bersatu dalam usaha mewujudkan kesedaran tentang bahaya fenomena Pemanasan Global jika tidak ditangani secara serius.
Pelajar-pelajar semua sudah sedia maklum tentang fenomena ini melalui bab tertentu yang di ajar dalam Subjek sains Teras (SPM) dan Biologi Ting. 4. Rujuk bab 3 (Sains Tingkatan 5 di bawah tajuk "preservation and conservation of environment" dan bab 9 Biology ting. 4 di bawah tajuk "endangered ecosystem".
Sepintas lalu (tentang Global warming)....untuk renungan anda yang mungkin terbaca artikel yang saya tulis ini :
Global warming adalah suatu keadaan suhu bumi meningkat secara mendadak dan mengakibat persekitaran menjadi panas. Ini disebabkan kepekatan gas karbon dioksida (di atmosfera) tepu. Siapa bikin ni???Ini semua angkara manusia sendiri. Mengejar pembangunan tanpa menghiraukan kesannya ke atas ekosistem. Pembebasan gas-gas bertoksik dari kenderaan bermotor, pembebasan asap dari loji reaktor nuklear dan dari kilang-kilang, deforestation (penyahutanan) serta pembakaran terbuka merupakan antara penyumbang utama kepada wujudnya fenomena ini. Akibatnya suhu persekitaran naik secara drastik sebab tak ada pokok yang menyerap gas karbon dioksida.
Kesannya.....cuaca dunia menjadi tidak menentu. Lihat sahaja la kat negara kita. Kalau dulu kita boleh tahu bila musim tengkujuh. Tapi sekarang dah tak menentu. Sebab itu ada negara banjir dan ada pula negara yang mengalami kemarau pada masa yang sama. kesan paling menakutkan...dikhuatiri jika tidak dibendung...pencairan ais di kawasan kutub semakin meningkat. Dan ini akan menyebabkan paras air laut dunia semakin meningkat. Dikhuatiri negara-negara yang dikatakan negara berada di bawah paras laut suatu hari nanti akan mengalami banjir besar dan mungkin tenggelam dan lenyap dari muka bumi. Greenhouse effect sebenarnya akan wujud juga bersama global warming.
So... think it deep in your heart. Untuk keterangan lanjut tentang fenomena ni sila lihat channel 555 astro (history) hari ini. Atau layari internet....
Posted by hasbi 0 comments
Labels: Info sains, Isu semasa
Wednesday, March 25, 2009
Pelik tetapi benar....
hingga sekarang, difahamkan kelulusan bagi subjek sains tidak pernah
menghampakan (90 % ke atas): Yeah...cemerlang, gemilang, terbilang
dijalankan diperingkat sekolah, peratus kelulusannya sangat mengerikan ....bahkan ada kelas yang semua pelajarnya gagal!!!!!...Eeee..takutnya.Cikgu yang ajar sains sangat bingung tau....sebab itu kitaorang try our best supaya our student tidak "sangkut" subjek ni.
Posted by hasbi 0 comments
Labels: SPM
Tuesday, March 24, 2009
Keputusan SPM 2008
Assalamualaikum
Tanggal 12 Mac yg lepas, seluruh bekas pelajar SPM 2008 memperoleh keputusan. Tahniah kepada yang mendapat keputusan yang agak baik dan bagi yang kurang berjaya..no komen. Sendiri jawab la...lu pike la sendiri beb..kenapa results "kongkang". Bukan nak memperli tetapi itulah hakikat yang perlu anda terima sebab segalanya terletak di tangan anda kerana guru-guru sudah pun memberikan yang terbaik.
Kami dari meja panitia sains agak sedikit terkilan apabila melihat keputusan bagi subjek sains tulen (Fizik, Kimia dan Biologi). walaupun ada peningkatan (kelulusan 90% ke atas), tetapi secara keseluruhan tidak menunjukkan kualiti. Cuma naik dari segi kuantiti. Sejak SMK Belawai mewujudkan kelas aliran sains tulen, belum ada lagi pelajar yang dapat gred 1 hingga 4 bagi ketiga-tiga subjek tersebut. Terbaik cuma dapat gred 5. kenapa ini berlaku?
Rata-rata bekas pelajar yang mengambil subjek ini memberi pandangan yang berbeza. Antaranya ada yang mengatakan subjek ini sukar dan ada yang berkata subjek ini sukar kerana di ajar dalam Bahasa Inggeris!!!Pulak dah...sapa nak jawab? bagi kita (guru sains): tiada subjek yang paling senang, semuanya perlu melalui proses pembelajaran. Kita dulu pun macam anda juga, belajar dan belajar tanpa mengenal erti putus asa. Mungkin sikap yang membezakan anda dengan kami. Yang penting sebenarnya lahir dari kesedaran : minat dan sikap ingin meneroka. Jika anda merasakan sesuatu itu susah sebelum mencuba, ini bermakna perkara tersebut akan terus menyusahkan anda. Jadilah anda seperti orang yang belajar kerana mengikut gerak hati dan atas dasar terpaksa. bantai aje.....akhirnya anda teraba-raba dalam kegelapan. Ingatlah sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Good luck buat bekas pelajar SMK Belawai. jangan mudah berputus asa.....Wassalam!!!!
Posted by hasbi 0 comments
Labels: SPM
Sunday, March 22, 2009
Keputusan subjek Sains kurang memberangsangkan
Posted by hasbi 0 comments
Labels: SPM
Tuesday, March 10, 2009
12 Mac: Suatu Penantian Lepasan SPM 2008
Assalamualaikum...
Tinggal beberapa hari sahaja lagi, lepasan SPM 2008 akan menerima keputusan SPM secara rasmi. Pasti ada adik-adik yang tak lena tidur, tak lalu makan, buat itu ini serba serbi tak kena semenjak dua menjak ni. Kenapa ini terjadi? Jika adik-adik berasa yakin dan telah melakukan yang terbaik dalam peperiksaan SPM yang lepas, perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Buat apa berasa gusar, andai kita telah melakukan yang terbaik. Just wait and see!
Akhir kata....salam keceriaan....alahai PPSMI...bilakah isu ini akan reda???
Posted by hasbi 0 comments
Labels: SPM
Wednesday, March 4, 2009
Fakta Menarik
1. Mulut anda menghasilkan 1 liter air liur dalam sehari
2. Anda boleh merasa makanan hanya disebabkan oleh makanan itu melarut dalam air liur. So kalau xde air liur, anda tidak akan dapat merasa rasa makanan tersebut.
Posted by Panitia Sains 0 comments
Labels: Fakta menarik
Tuesday, March 3, 2009
Bawang
Kenapa bawang boleh menyebabkan anda menangis?
Bawang terdiri daripada sel. Sel-sel ini terbahagi kepada 2 bahagian yang dipisahkan oleh membran. Sebelah bahagian mengandungi enzim yang mana menolong proses kimia berlaku dalam badan manakala sebelah bahagian lagi terdapat molekul yang mengandungi sulfur. Apabila anda memotong bawang, kandungan pada kedua-dua belah bahagian tadi akan bercampur menyebabkan tindakbalas kimia. Tindakbalas ini akan menghasilkan molekul seperti 'ethylsufine' yang mana menyebabkan mata anda berair.
Untuk mengelakkan anda menangis apabila memotong bawang, potong bawang di bawah air yang mengalir. Sulfur akan larut ke dalam air, so xde lah kena mata kan! Ataupun letakkan bawang ke dalam peti sejuk kira-kira 10 minit. Suhu yang sejuk akan melambatkan tindakbalas antara enzim dengan sulfur. Ini akan mengurangkan kepedihan mata anda.
Posted by Panitia Sains 0 comments
Labels: Info sains
Monday, March 2, 2009
Fun - Make Instant Hot Ice
Menarik!! cuma perlukan sodium acetate untuk tukarkan cecair kepada pepejal hanya dengan sentuhan. Teringin nak buat.. agak-agak makmal kita ada tak sodium acetate ni ye
Posted by weenazur 0 comments
Labels: Trick
Wednesday, February 11, 2009
Selamat datang ke blog Panitia Sains
Hello semua..
Selamat datang ke blog Panitia Sains SMK Belawai..
Blog ini akan memaparkan semua aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh panitia sains. Semua guru-guru sains di pelawa untuk menulis@ mengisi blog ini dengan tujuan untuk menaikkan lagi tahap kesedaran sains dikalangan pelajar SMK Belawai...
SMK Belawai cemerlang 2010.
Terima kasih kerana menyokong blog Panitia Sains ini..
From,
Ketua Panitia Sains SMK Belawai.
Posted by Panitia Sains 0 comments